Berhenti Membiarkan Orang Yang Anda Sayangi Berjuang Dalam Senyap.
Penyakit mental boleh dirawat. Tetapi mitos yang salah akan membunuh mereka sebelum sempat mendapat bantuan.
Ditulis oleh Dr Fakrul Azren bin Azhar · Doktor Psikiatri · Klinik Dr Azren· Diterbitkan oleh WhiteCoat Group
Harga Pelancaran RM50
Salam Daripada Dr Azren
Mengapa Saya Menulis Buku Ini
Salam,
Izinkan saya bertanya sesuatu kepada anda.
Pernahkah anda melihat seseorang yang anda kasihi berubah, perlahan-lahan, tanpa anda faham mengapa?
Dia yang dahulunya ceria, tiba-tiba menjadi pendiam. Yang dahulunya rajin, kini sukar untuk bangkit dari katil. Yang dahulunya mudah ketawa, kini sering menangis tanpa sebab yang jelas.
Dan anda tidak tahu apa yang perlu dilakukan.
Saya faham perasaan itu. Saya lihat ia setiap hari dalam bilik rawatan saya.
Bukan kerana mereka tidak peduli. Tetapi kerana mereka tidak tahu.
Mereka tidak tahu bahawa apa yang berlaku kepada orang yang mereka kasihi adalah penyakit yang boleh dirawat. Mereka tidak tahu bahawa menunggu, mendiamkan diri, dan membiarkan keadaan berjalan sendiri adalah antara keputusan paling berbahaya yang boleh dibuat.
Dan hari ini, saya mahu anda tahu apa yang mereka tidak tahu.
Inilah Realiti Yang Sering Diabaikan
Mitos-Mitos Ini Sedang Membunuh Orang Yang Anda Kasihi
Penyakit mental bukan ancaman yang datang dengan amaran. Ia merayap masuk, perlahan, dan sering disalah faham sebagai kelemahan peribadi.
AMARAN 1 — "Kalau kuat iman, masalah hilang"
Apabila mereka akhirnya datang berjumpa saya, keadaan sudah terlalu parah untuk diselesaikan dengan mudah.
AMARAN 2 — Membawa pesakit ke bomoh semata-mata
“Doktor, kalau saya tahu begini, dah lama saya bawa dia jumpa doktor.” — Ibu pesakit
AMARAN 3 — Takut ubat psikiatri "rosakkan otak"
AMARAN 4 — Bercakap tentang bunuh diri "memburukkan keadaan"
AMARAN 5 — "Nanti okay sendiri"
Sering murung atau menangis tanpa sebab yang jelas
Menarik diri dari keluarga dan rakan
Tidak dapat tidur atau tidur terlalu banyak
Kehilangan minat terhadap perkara yang dahulunya digemari
Mempunyai pemikiran yang menakutkan yang tidak mahu berhenti
Saya Tahu Betapa Beratnya Ini
Jika anda sedang membaca ini, kemungkinan besar anda sedang berjuang dengan sesuatu.
Mungkin anda sendiri yang merasainya — perasaan tidak keruan yang sukar dijelaskan kepada sesiapa pun. Perasaan seperti terperangkap di dalam sebuah bilik yang dindingnya terus menghimpit.
Atau mungkin anda sedang melihat seseorang yang anda kasihi berubah, dan anda tidak tahu bagaimana hendak membantu tanpa menyakitinya.
Anda mahu berkata sesuatu, tetapi takut tersalah kata. Anda mahu bawa dia berjumpa doktor, tetapi dia menolak. Anda penat, tetapi tidak boleh berhenti peduli.
Saya dengar anda.
Dan saya mahu anda tahu bahawa perasaan keliru, takut, dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan itu — ia normal. Ia berlaku kepada ramai keluarga yang datang berjumpa saya.
Tetapi ada perkara yang boleh berubah. Apabila anda memiliki maklumat yang tepat, semuanya berbeza. Bukan kerana masalah terus hilang. Tetapi kerana anda tahu langkah seterusnya.
Manual Survival Kesihatan Mental.
Penyakit mental boleh dirawat. Tetapi mitos yang salah akan membunuh mereka sebelum sempat mendapat bantuan.
Satu Buku Yang Ditulis Khas Untuk Anda
Bukan sekadar buku ilmiah yang penuh istilah perubatan yang sukar difahami
Bukan sekadar kisah inspirasi yang membuatkan anda rasa sebentar, kemudian terlupa
Ini adalah panduan praktikal, ditulis oleh seorang doktor psikiatri yang berada di barisan hadapan setiap hari, untuk membantu anda memahami, mengenali, dan bertindak balas terhadap penyakit mental dengan cara yang betul.
Menerusi kisah-kisah benar yang telah diolah dengan penuh empati, Dr Azren membawa anda masuk ke dalam dunia pesakit-pesakitnya — dan keluar dengan pemahaman yang lebih dalam tentang apa yang mereka lalui, mengapa ia berlaku, dan apa yang boleh dilakukan.
Buku ini menggunakan pendekatan yang unik: kisah, ilmu, dan panduan tindakan dalam satu naskhah yang boleh dibaca oleh sesiapa sahaja.
Harga Pelancaran RM50
Apakah Kelayakan Dr Azren?
Beliau tampil sebagai panel doktor di:
“Penulisannya jujur, empatik dan membumi, lahir daripada pengalaman sebenar di hadapan pesakit yang datang dengan luka, persoalan dan harapan. Usaha ini wajar dipuji kerana ia menampilkan sisi perubatan yang bukan sahaja menyembuh tubuh, tetapi juga memulihkan jiwa.”
Apa Yang Anda Akan Pelajari
Faham Apa Sebenarnya Berlaku
Penjelasan klinikal dalam bahasa mudah tentang anxiety, kemurungan, schizophrenia, bipolar, ADHD, OCD, PTSD, kemurungan selepas bersalin, dan demensia.
Tanggkis Mitos Dengan Yakin
Apabila saudara-mara berkata “dia malas je” atau “kena bawa ke ustaz,” anda tahu apa yang perlu dikatakan — dengan cara yang tepat dan berkesan.
Kenali Tanda-Tanda Awal
Sebelum keadaan menjadi terlalu teruk untuk ditangani. Intervensi awal adalah perbezaan antara pemulihan yang cepat dan perjuangan yang panjang.
Tahu Di Mana Mencari Bantuan
Bab khusus tentang sumber bantuan kesihatan mental di Malaysia, termasuk talian hotline, klinik, dan badan sokongan yang boleh dihubungi.
Tahu Cara Membantu, Bukan Menyakiti
Ramai orang yang ingin membantu akhirnya menyakiti tanpa sedar. Buku ini mengajar cara yang betul untuk bercakap dan bertindak.
Kit Kecemasan Mental Yang Praktikal
Panduan ringkas tentang apa yang perlu dilakukan dalam keadaan kecemasan yang melibatkan kesihatan mental, termasuk tanda-tanda bahaya yang perlu diawasi.
19 Bab Merangkumi
Apa Yang Anda Akan Pelajari
Sebelum Anda Teruskan
Buku Ini Bukan Untuk Semua Orang ini bukan untuk semua orang.
Bukan Untuk Anda Jika…
Anda sudah pasti sepenuhnya bahawa semua masalah mental adalah “gangguan makhluk halus” dan tidak terbuka langsung kepada penjelasan saintifik
Anda mencari jaminan 100% bahawa semua masalah akan selesai dalam masa seminggu
Untuk Anda Jika…
Keputusan Ada Pada Anda
Anda Ada Tiga Pilihan Sekarang
Abaikan Sahaja
Tutup halaman ini. Percayakan keadaan akan baik dengan sendirinya. Mungkin betul. Mungkin tidak. Setiap hari yang berlalu, peluang intervensi awal semakin berkurangan.
Cari Sendiri di Internet
Panduan Yang Lengkap & Boleh Dipercayai
Masa Untuk Bertindak
Anda ada peluang itu sekarang.
19 Bab merangkumi pelbagai keadaan kesihatan mental
Kisah-kisah benar yang diolah dengan penuh empati
Harga Pelancaran RM50
“Buku ini seperti cahaya di hujung terowong. Ia memberi harapan bahawa sembuh itu bukan satu mitos dan hidup dengan penyakit mental bukan penamat segalanya.”
— Syahida Zulkarnain, Pengasas & Presiden NGO Empati (Kelab Advokasi Pulih Mental)

