Jangan Biarkan PhD Itu Musnah Sebelum Sempat Bermula
Ini Kisah Seorang Doktor Melayu yang Buktikan, Lulus PhD Cambridge Tanpa Pembetulan Bukan Mustahil.
Ditulis oleh Dr. Hanis Hidayu · Graduan PhD Universiti Cambridge (Without Correction) · Diterbitkan oleh WhiteCoat Group
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Nama saya Dr. Hanis Hidayu.”
Saya doktor perubatan. Pensyarah di USIM. Dan graduan PhD dari Universiti Cambridge, salah satu universiti tertua dan antara yang paling berprestij di dunia.
Tetapi sebelum semua itu?
Saya hanya seorang budak kampung dari Klebang, Melaka.
Yang menonton berita jam sepuluh malam bersama arwah ayah di ruang tamu. Yang tidak pernah menjejakkan kaki ke bumi UK sebelum itu. Yang kemahiran bahasa Inggeris pun saya sendiri akui, “tahap kampung” sahaja.
Jadi kalau anda rasa PhD itu sesuatu yang jauh, berat, dan mungkin bukan untuk anda, saya faham. Sangat faham. Sebab saya pun pernah merasainya. Bukan sekali. Berkali-kali. Sepanjang 4.6 tahun penuh.
Dan perasaan yang paling berat sekali? Lima bulan selepas saya memulakan PhD, penyelia saya meninggal dunia. Projek lama terpaksa dibuang. Topik baru yang saya langsung tidak kenali terpaksa dimulakan dari kosong. Dalam sistem universiti yang masih saya cuba fahami. Dalam negara yang bukan negara saya. Semasa pandemik COVID-19.
Kalau anda merasai perkara yang sama sekarang, saya ingin anda tahu satu perkara.
Perasaan itu bukan tanda anda lemah. Ia tanda anda memerlukan sistem yang betul, bimbingan yang tepat, dan seseorang yang sudah melalui jalan yang sama untuk menunjukkan ke mana perlu melangkah seterusnya.
Buku ini saya tulis untuk anda.
Kenapa Ramai Yang Tidak Sampai ke Garisan Penamat
Ini bukan buku motivasi yang penuh dengan ayat-ayat besar tetapi kosong bila dicuba. Ini bukan sekadar cerita kejayaan yang seronok dibaca tetapi tidak ada satu pun yang boleh anda praktikkan esok.
Biar saya jujur dengan anda. Perjalanan PhD itu bukan sekadar soal pandai atau tidak pandai. Bukan soal berapa tinggi CGPA anda. Bukan soal berapa banyak kertas persidangan yang pernah anda bentangkan.
Ini soal sama ada anda boleh bertahan sampai ke penghujung. Dan kebanyakan pelajar Master dan PhD hari ini sedang berdepan dengan masalah yang sama, cuma ramai yang tidak berani untuk mengakuinya.
AMARAN 1: Anda Tidak Tahu Hendak Memulakan Tesis Dan Hari Berlalu Begitu Sahaja.
Kalau keadaan ini dibiarkan, empat tahun PhD boleh habis tanpa tesis yang siap. Terpaksa dilanjutkan. Terpaksa membayar lebih. Atau lebih teruk, terpaksa berhenti tanpa sijil. Dan pengorbanan bertahun-tahun itu menjadi sia-sia.
AMARAN 2: Anda Tidak Tahu Bagaimana Hendak Menguruskan Hubungan Dengan Penyelia.
Bila perkara ini dibiarkan, hubungan anda dengan penyelia menjadi renggang. Tesis terbengkalai. Dan anda menjadi pelajar yang penyelia pun sudah tidak tahu hendak berbuat apa.
AMARAN 3: Anda Tenggelam Dalam Imposter Sindrom .
Bila perkara ini tidak ditangani, anda akan berdiam diri dalam seminar. Takut bertanya soalan. Takut membentangkan idea. Potensi sebenar anda tersekat oleh ketakutan yang anda cipta sendiri.
AMARAN 4: Anda Tidak Mempunyai Disiplin Yang Konsisten.
Dan bila tiada struktur harian yang jelas, masa berlalu begitu sahaja. Sehari dua menjadi sebulan. Sebulan menjadi setahun. Tiba-tiba anda sedar sudah tiga tahun berlalu dan data pun belum mencukupi.
AMARAN 5: Anda Cuba Menanggung Semua Ini Seorang Diri.
Dan bila anda berasa terasing seperti itu, jiwa mula penat. Bukan penat fizikal. Tetapi penat yang mendalam, yang membuatkan anda mula mempersoalkan diri sendiri sama ada PhD ini berbaloi atau tidak.
Tanya diri anda soalan ini dengan jujur.
Adakah anda merasai satu atau lebih daripada amaran di atas?
Kalau ya, buku ini mungkin perkara paling penting yang anda baca tahun ini.
"Saya tahu..."
Saya tahu perasaan duduk di depan laptop berjam-jam, tetapi tidak ada satu ayat pun yang boleh ditulis dengan yakin.
Saya tahu perasaan rindu rumah, rindu keluarga, rindu masakan ibu, tetapi terpaksa duduk di negeri orang, menanggung beban yang tidak ada siapa nampak.
Tetapi ini yang saya pelajari selepas semua itu: semua orang yang berjaya pun melalui perkara yang serupa. Cuma mereka ada sistem. Ada bimbingan. Ada komuniti yang membantu mereka bergerak ke hadapan walaupun langkah terasa berat.
Dan sebab itulah saya menulis buku ini, supaya anda menamatkan PhD dengan fikiran yang jelas, jiwa yang tidak hancur, dan keputusan yang anda banggakan.
Ini Yang SAya Tawarkan Untuk Anda
DARI KLEBANG KE CAMBRIDGE
Ini bukan buku motivasi yang penuh dengan ayat-ayat besar tetapi kosong bila dicuba. Ini bukan sekadar cerita kejayaan yang seronok dibaca tetapi tidak ada satu pun yang boleh anda praktikkan esok.
Catatan Inspirasi & Rahsia Anak Melayu diterbitkan oleh WhiteCoat Group Sdn. Bhd.
Cara Memilih Dan Menguruskan Penyelia
Termasuk apa yang saya lakukan dan bagaimana saya meneruskan perjalanan apabila penyelia pertama saya meninggal dunia dalam masa lima bulan selepas PhD bermula, dan akhirnya berjaya bersama penyelia baharu.
Sistem Penulisan Tesis Dari Awal
Dari satu draf kasar yang saya siapkan dalam 12 hari, sehinggalah ke 110 draf yang akhirnya lulus viva tanpa sebarang pembetulan. Mengapa menunggu data siap dahulu sebelum menulis adalah satu kesilapan besar yang ramai lakukan.
Strategi 24 Jam Harian Yang Sebenar
Dari bangun jam empat pagi dalam suhu -7°C, solat Tahajud, membaca al-Quran, sehinggalah bekerja di hospital dan masih sempat menyiapkan tesis walaupun sedang bercuti di Disneyland Paris atau di atas salji Switzerland.
Cara Atasi Imposter Syndrome
Rasa tidak layak, rasa kecil, rasa tersalah masuk, yang hampir semua pelajar PhD lalui tetapi ramai yang tidak tahu cara keluar darinya. Bukan teori. Tetapi cara sebenar yang saya lalui sendiri.
Cara Mengurus Emosi Dan Mengelak Keletihan Mental
Termasuk ketika saya sendiri hampir terlambur, dan keputusan yang menyelamatkan PhD saya dari berakhir sebelum masanya. Semua ditulis dengan jujur, tanpa hiasan.
Hubungan Dengan Allah Sebagai Senjata Praktikal
Soalan yang wajar. Dan saya tidak mahu memberi jawapan yang berlebihan.
Ini bukan buku motivasi yang penuh dengan ayat-ayat besar tetapi kosong bila dicuba. Ini bukan sekadar cerita kejayaan yang seronok dibaca tetapi tidak ada satu pun yang boleh anda praktikkan esok.
Saya pernah bersekolah di MRSM. Masuk fakulti perubatan. Tersepit dalam gempa bumi berskala 7.6 Richter di Padang, Indonesia dan terpaksa pulang ke Malaysia, mengulangi setahun apabila bertukar universiti, dan mengambil masa tujuh tahun untuk menamatkan ijazah MBBS walaupun tidak pernah gagal setahun pun.
Selepas itu bekerja sebagai doktor pelatih. Menjadi pegawai perubatan di Klinik Kesihatan. Menyambung pengajian Master sambil bekerja. Menerima Anugerah Fakulti semasa konvokesyen. Dan akhirnya, menghantar emel kepada profesor di Cambridge dan Oxford dengan keberanian yang sangat sedikit.
PhD Without Correction
University of Cambridge, UK. Disahkan oleh Degree Committee School of Clinical Medicine.
Pensyarah Perubatan
Anak Kampung, Klebang
Dari Melaka ke Cambridge. Bukan dari keluarga akademik. Bukan dari sekolah elit. Biasiswa Cambridge Trust & Jardine Foundation.
Dilaporkan Media
Berita Harian, The Star, New Straits Times & Berita Harian Singapura, September–Oktober 2025.
Bila Cambridge memberi tawaran, saya bertanya pada diri sendiri, “Betul ke mereka pilih saya?” Sindrom Imposter itu saya lalui sendiri. Bukan baca dalam buku orang lain. Jadi ini bukan cerita orang yang lahir dengan kelebihan. Ini kisah orang biasa yang memilih untuk tidak berhenti.
Apa Yang Akan Berubah
Bila anda selesai membaca buku ini dan benar-benar mengamalkan apa yang ada di dalamnya.
Berfikir Seperti Penyelidik, Bukan Seperti Pelajar Yang Menunggu Arahan.
Lebih Mengenali Diri Sendiri Dan Cara Mengurus Emosi Sepanjang PhD.
Ada Sistem Penulisan Tesis Yang Konkrit Dan Boleh Terus Digunakan.
Faham Bahawa PhD Bukan Perjalanan Seorang Diri.
Tahu cara handle supervisor dengan profesional dan berkesan.Tahu cara handle supervisor dengan profesional dan berkesan.
Kekuatan Dari Dalam, Bukan Bergantung Pada Motivasi Luar Semata-mata.
Saya pernah bersekolah di MRSM. Masuk fakulti perubatan. Tersepit dalam gempa bumi berskala 7.6 Richter di Padang, Indonesia dan terpaksa pulang ke Malaysia, mengulangi setahun apabila bertukar universiti, dan mengambil masa tujuh tahun untuk menamatkan ijazah MBBS walaupun tidak pernah gagal setahun pun.
Selepas itu bekerja sebagai doktor pelatih. Menjadi pegawai perubatan di Klinik Kesihatan. Menyambung pengajian Master sambil bekerja. Menerima Anugerah Fakulti semasa konvokesyen. Dan akhirnya, menghantar emel kepada profesor di Cambridge dan Oxford dengan keberanian yang sangat sedikit.
Aku pernah sekolah kat MRSM. Masuk fakulti perubatan. Tersepit dalam gempa bumi berskala 7.6 Richter di Padang, Indonesia dan terpaksa balik Malaysia, repeat setahun bila tukar universiti, dan ambil masa 7 tahun untuk habiskan degree MBBS walaupun tak pernah gagal setahun pun.
Selepas tu kerja sebagai doktor pelatih. Jadi medical officer di Klinik Kesihatan. Buat Master sambil kerja. Dapat Anugerah Fakulti masa konvokesyen. Dan akhirnya, hantar emel kepada professor di Cambridge dan Oxford dengan keberanian yang sangat sedikit.
Ini bukan kos. Ini pelaburan.
Kalau anda kira dari sudut kos kursus PhD yang boleh mencecah puluhan atau ratusan ribu ringgit dan anda habiskan bertahun-tahun tanpa menamatkannya, atau tamat dengan kualiti yang anda tidak banggakan, buku ini tidak akan dapat membayar balik masa yang sudah hilang.
Tetapi kalau buku ini boleh membantu anda menamatkan PhD enam bulan lebih awal dari jangkaan, atau lulus dengan keputusan yang jauh lebih baik dari yang anda sangkakan, atau terselamat dari keletihan mental yang boleh mengakhiri seluruh perjalanan anda, nilai itu tidak dapat diukur dengan wang.
Saya sendiri telah melaburkan bertahun-tahun masa, tenaga, dan pengorbanan keluarga untuk mendapatkan ilmu yang ada dalam buku ini. Saya kongsikannya kepada anda pada harga yang jauh lebih murah dari semua itu.
Lulus PhD Tanpa Pembetulan · Cetakan Pertama
Harga cetakan pertama. Stok terhad.
Dari Klebang ke Cambridge
Jujur Dulu
Buku ini bukan untuk semua orang.
Soalan yang tinggal sekarang cuma satu: Anda nak bergerak ke depan, atau nak terus menunggu?
Bukan Untuk Anda Jika …
Ini Untuk Kamu Kalau…
Anda Diberi Tiga Pilihan
Pilihan mana yang masuk akal untuk anda sekarang?
Fikir baik-baik. Masa anda berharga. Dan PhD ada ada tarikh.
1
Teruskan macam sekarang.
Mungkin anda boleh. Mungkin PhD anda akan siap juga nanti. Tetapi berapa lama? Dengan berapa banyak kos emosi? Dengan keputusan seperti apa?
Cuba cari sendiri di Google, YouTube, forum, dan blog.
Belajar dari seseorang yang dah buat dan buat dengan jayanya.
Ini bukan jalan pintas. Anda tetap perlu melakukan kerja. Tetapi sekurang-kurangnya anda tahu arah tuju yang betul dan anda tidak perlu berasa keseorangan.
Pilihan mana yang masuk akal?
Keputusan Ada Pada Anda
Sebelum anda buat keputusan, tanya soalan-soalan ini pada diri anda.
Saya tidak membuat jaminan bahawa anda akan lulus PhD tanpa pembetulan. Itu bukan dalam kuasa saya, dan ia bukan sesuatu yang patut sesiapa janjikan.
Tetapi saya boleh berkata satu perkara dengan yakin:
Kalau anda membaca buku ini dengan serius, dan benar-benar mengamalkan apa yang ada di dalamnya, cara mengurus masa, cara menulis tesis, cara menguruskan penyelia, cara menjaga emosi, cara menghubungkan diri dengan Allah dalam PhD, anda akan memasuki setiap fasa perjalanan PhD dengan lebih jelas, lebih tersusun, dan lebih bersedia daripada kebanyakan pelajar lain.
Tapi kalau anda pilih untuk tidak buat apa-apa sekarang?
PhD anda ada tarikh. Masa anda ada had.
Soalan yang tinggal sekarang cuma satu: Anda nak bergerak ke depan, atau nak terus tunggu?
Sebab kalau saya boleh dari Klebang ke Cambridge insya-Allah anda juga boleh pergi sejauh yang anda impikan.
Harga cetakan pertama. Stok terhad.


